Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohd Razi Sitam menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada salah seorang penerima di Pekan Debak pada Jumaat. Foto: TVS

TBC: Tradisi berkunjung, semarak perpaduan rakyat

DEBAK, 3 Feb: Tradisi berkunjung pada sambutan Tahun Baru Cina akan menyemarakkan semangat perpaduan negeri ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohd Razi Sitam berkata  tradisi yang telah wujud sekian lama itu wajar disemai dalam kalangan generasi muda.

“Saya mengharapkan perayaan yang disambut pada tahun ini disambut dengan meriah dan sederhana dan juga amat berharap agar budaya kunjung mengunjung diantara masyarakat disini akan dapat diteruskan seperti sebelum ini.

“Sambil daripada sudut aspek yang lain kita amat mengharapkan agar hubungan perpaduan dan hubungan persahabatan antara masyarakat di sini terus dapat ditingkatkan bersempena dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada masyarakat cina di Pasar Debak dicsini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas menyatakan bahawa sesuatu perayaan itu seolah-olah hilang serinya jika tidak ada sebarang aktiviti kunjung mengunjung diadakan.

“Kita di sini (Saribas) sememang telah melakukan amalan kunjung-mengunjung sedari nenek moyang dulu.

“Sesuatu perayaan itu seolah-olah hilang serinya (kemeriahan) jika tidak berkunjung dari rumah ke rumah.

“Jadi, ternyatalah amalan ini sememang dapat menjadi salah satu platform terbaik untuk perpaduan di antara kita yang berbilang kaum di Sarawak ini,” ujarnya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan