Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata semasa ditemui media selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2024 Di Kuching Pada Sabtu. Foto TVS

TBC: Peka keselamatan ketika menyalakan mercun dan bunga api – Dr Sim

KUCHING, 3 Feb: Orang ramai diingatkan agar menitikberatkan faktor keselamatan semasa sambutan Tahun Baru Cina yang pastinya dimeriahkan dengan nyalaan mercun dan bunga api nanti.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menekankn bahawa Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena sambutan Tahun Baru Cina amat penting bagi mengingatkan masyarakat dari masa ke masa.

Dr Sim mengakui ada kalanya masyarakat terleka atau terlupa untuk mengamalkan tahap keselamatan sewajarnya hingga mengakibatkan kecelakaan.

“Walaupun ini adalah program tahunan tetapi tetap penting dalam usaha kita inginkan sambutan Tahun Baru Cina yang selamat.

“Sudah tentu perayaan ini akan melibatkan banyak keterujaan dan nyalaan bunga api dan oleh itu orang ramai kerap lupa tentang langkah kesalamatan mencegah kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2024 di Kuching pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berharap masyarakat meraikan sambutan kali ini dengan selamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan