Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyaksikan penyerahan 'Malaysia Book Of Record' sebagai program Poco-Poco Marathon terbesar penah diadakan. Foto: TVS

Poco-Poco Marathon di Samarahan, pecah rekod ‘Malaysia Book Of Record’

KOTA SMARAHAN 3 Feb: Program Poco-Poco Marathon di Halaman Samarahan di sini mencipta sejarah sekali gus memecahkan rekod Malaysia Book of Record (MBOR) dengan jumlah peserta terbanyak menyertai acara berkenaan hari ini iaitu 3,688 peserta.

Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata program yang diadakan serentak dengan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) 2024 itu telah mengatasi rekod penyertaan terbanyak sebelum ini iaitu 2,150 perserta.

“Dengan adanya acara seperti ini ia memberi kecerian kepada masyarakat setempat, saya difahami mereka yang terlibat dengan poco-poco ini bukan sahaja orang Samarahan tetapi juga dari kuching untuk bersama-sama pada pagi ini.

” Situasi ini menunjukkan bahawa temasya seperti ini dapat merapatkan hubungan masyarakat dan memberikan keceriaan satu program yang bagus,” katanya.

Beliau berkata demikiam ketika ditemui pemberita selepas menyertai Program Poco-Poco Marathon di Halaman Samarahan di sini, pada Sabtu.

Abdul Karim dalam pada itu menyifatkan, tarian poco-poco diibaratkan sebagai satu identiti yang sinonim dengan penduduk Sarawak tanpa mengira bangsa dan budaya mereka.

“Malah, bentuk tarian berkenaan katanya menjadi antara perkara wajib yang akan dilakukan pada setiap majlis,” ujarnya.

Keadaan itu menurut beliau menjadi indikasi jelas bahawa program poco-poco itu bukan sahaja memberikan kecerian kepada komuniti setempat malah ia menjadi antara platform untuk merapatkan silaturahim masyarakat pelbagai kaum di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan