Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menerima cenderamata di Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2024 Di Kuching Pada Sabtu. Foto TVS

Pindaan Ordinan Bangunan Sarawak 1994 pada Persidangan DUN akan datang, wajibkan pasang alat penggera kebakaran di kediaman

KUCHING, 3 Feb: Keperluan mewajibkan alat penggera kebakaran di setiap rumah di negeri ini akan dilaksanakan sejurus pindaan Ordinan Bangunan Sarawak 1994 dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan datang.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, pindaan itu membenarkan pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JPBM) Sarawak untuk mewajibkan pemasangan alat berkenaan di setiap kediaman kelak.

Menurut beliau pada peringkat awal ini, JPBM giat memperkenalkan inisiatif ini bermula dengan pembinaan-pembinaan melibat perumahan atau bangunan yang baharu.

“Ini penting agar JPBM Sarawak dapat memastikan pemasangan wajib alat penggera kebakaran ke setiap perumahan.

“Kita akan memperkenalkan ini secara progresif bermula dengan pembinaan rumah-rumah baharu dan selepas itu baru diperluaskan lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2024 di Kuching pada Sabtu.

Tambahnya keperluan meminda Ordianan Bangunan Sarawak 1994 amat diperlukan dalam usaha untuk menjamin keselamatan bangunan selepas ini.

“Sudah tiba bagi pindaan tersebut dibuat memandangkan usianya yang sudah mencapai 30 tahun dan memerlukan penambahbaikkan,” tegasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan