Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yusuf meluangkan masa mengunjungi tapak Jualan Agro Madani di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Seberang Sarikei. Foto: TVS

PADU: Pendaftaran rendah, hanya 10 peratus di Tanjung Manis

SARIKEI, 3 Feb: Pendaftaran orang ramai pada sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Tanjung Manis direkodkan amat rendah iaitu sejumlah 3,000 sejak ia dilancarkan pada 2 Jan lalu.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab berkata, jumlah berkenaan hanya 10 peratus daripada 32,000 orang pengundi berdaftar di sini.

“Ini bermakna jumlah mereka yang mendaftar dalam PADU hanya 10 peratus. Bilangan ini masih terlalu sedikit.

“Saya berharap seluruh warga Tanjung Manis mengambil perhatian serius perkara ini kerana kegagalan mereka berbuat demikian mungkin boleh menyebabkan mereka terlepas bantuan kerajaan,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Jualan Agro Madani di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Seberang Sarikei, hari ini.

Menurut Yusuf, maklumat terkini itu diperolehinya ketika menghadiri sesi taklimat bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di Kuching, semalam.

Dalam pada itu, Yusuf memberi jaminan bahawa sistem PADU terlindung daripada sebarang aktiviti penipuan sekali gus melindungi butiran peribadi setiap individu.

“PADU ialah pangkalan data sosioekonomi negara yang mengandungi profil individu dan isi rumah yang memberikan gambaran seadil-adilnya mengenai kedudukan ekonomi rakyat negara ini.

” Saya berharap kemudahan yang disediakan kerajaan ini dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya.

Sehubungan itu, Yusuf menyeru penduduk yang ingin mendaftar PADU boleh mengunjungi PEDi berhampiran atau melalui laman www.padu.gov.my. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan