Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan Foto fail Bernama.

Mangsa banjir di Pahang berkurang kepada 27 malam ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Sebanyak 27 mangsa banjir daripada 11 keluarga masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Raub, Pahang, setakat 8 malam ini.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) jumlah itu berkurang berbanding 28 orang daripada 12 keluarga petang tadi.

Sementara itu, tinjauan di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati paras beberapa sungai di Johor, Perlis, Sabah dan Terengganu berada pada tahap bahaya pada 8 malam ini.

Situasi itu melibatkan Sungai Johor di Kota Tinggi (Johor), Sungai Arau di Arau (Perlis), Sungai Kinabatangan di Kinabatangan (Sabah) dan Sungai Terengganu di Hulu Terengganu (Terengganu).

NADMA turut memaklumkan 16 jalan ditutup akibat jambatan rosak serta jalan dan cerun runtuh antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Sungai Lembing di Kuantan, Pahang; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli di Hulu Perak, Perak; dan Jalan Lingkaran Kahang Barat di Kluang serta Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan