Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bank Negara Malaysia. Foto Bernama.

Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Feb: KadarĀ antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pada minggu ini, bank pusat itu melaksanakan operasi harian bagi mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan dengan melaksanakan tender pasaran wang konvensional,Ā repo berbalik, Qard, Bil Antara Bank BNM (BNIB) dan Bil Antara Bank BNMĀ (BNIBI).

Jumlah lebihanĀ mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu berkenaan meningkat kepada RM34.77 bilion daripada RM30.14 bilion dalam minggu sebelumnya.

Bagi sistem Islam, lebihan mudah tunai menokok kepadaĀ RM29.58 bilion daripada RM27.93 bilion, sebelum ini.

Selain itu, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada paras 3.00 peratus sehingga 31 Jan, 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan