Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di Majlis Penyampaian Ang Pau dan Sumbangan Tahun Baharu Cina kepada Warga Emas serta Orang Kurang Upaya (OKU) kawasan Matang di Dewan SUPP Sungai Tengah di sini hari ini. Foto: Fadillah Yusof (FB)

Dua ahli baharu Jawatankuasa Teknikal MA63 dimuktamadkan bulan ini – Fadillah

KUCHING, 3 Feb: Dua ahli baharu dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) akan dimuktamadkan pada bulan ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata draf memorandum penstrukturan semula jawatankuasa telah disiapkan dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.

“Dari Sabah, kita cadangkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, manakala untuk wakil Sarawak pula Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

“Walaupun saya sendiri (Pengerusi jawatankuasa) dari Sarawak tetapi saya perlukan seorang lagi menteri dari Sarawak untuk duduk dalam jawatankuasa itu dan akan membantu untuk menjawab di Parlimen ketika saya tiada,” katanya selepas Majlis Penyampaian Ang Pau dan Sumbangan Tahun Baharu Cina kepada Warga Emas serta Orang Kurang Upaya (OKU) kawasan Matang di Dewan SUPP Sungai Tengah di sini hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Ahli Parlimen Petra Jaya berkata penstrukturan itu dilakukan susulan tiada lagi jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) yang sebelum ini disandang Datuk Armizan Mohd Ali.

Mengulas lanjut, beliau berkata perundingan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melibatkan tiga peringkat iaitu Majlis Tindakan Pelaksanaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

“Peringkat kedua ialah jawatankuasa teknikal yang dipengerusi oleh saya sendiri, manakala yang ketiga ialah jawatankuasa kerja yang diwakili semua pegawai kerajaan untuk membincangkan perkara asas.

“Jika ada isu yang tidak dapat diselesaikan pada peringkat perkara asas, maka perkara itu akan dibawa ke jawatankuasa teknikal untuk kami putuskan dan akhirnya akan dibawa pula ke Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan