Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Miri venue Olimpik Khas Sarawak November depan

SIBU, 1 Feb: Sukan Olimpik Khas ketujuh Negeri Sarawak yang akan diadakan di Miri dari 23 hingga 24 Nov ini dijangka lebih meriah dengan penyertaan lebih ramai atlet selepas penubuhan dua lagi cabang Olimpik Khas di Sarawak.

Pengerusi Olimpik Khas Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata penubuhan Olimpik Khas Cabang Samarahan dan Bintulu itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Khas Sarawak.

“Penubuhan dua cabang ini akan melengkapkan lagi Olimpik Khas Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut, di sini hari ini.

Tiga lagi cabang sedia ada adalah cabang Kuching, Sibu dan Miri.

Beliau, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, berkata jumlah atlet yang akan menyertai sukan itu kelak hanya dapat ditentukan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Olimpik Khas Sarawak yang akan diadakan di Bintulu, April nanti.

“Di situ baru kita akan tahu jenis-jenis sukan yang boleh dipertandingkan di Miri, bilangan atlet dan juga ahli jawatankuasa pertandingan yang akan terlibat,” katanya.

Jenis sukan yang mungkin dipertandingkan termasuk olahraga, renang, bocce, badminton dan bola sepak.

Pertandingan sukan bagi individu berkeperluan khas tersebut diadakan selepas Para SUKMA Sarawak 2024 yang berlangsung dari 22 hingga 28 Sept ini.

Sukan Olimpik Khas Keenam diadakan di Sibu dari 1 hingga 3 Julai 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan