Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di parkir berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam, Selasa lepas. Foto hiasan Envato

Kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta

ByBernama

SHAH ALAM, 1 Feb: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di parkir berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada seorang pegawai perubatan hospital itu pada 8.01 malam hari yang sama.

“Semasa ditinggalkan mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan. Ibu kanak-kanak itu berusia 34 tahun yang juga kakitangan hospital hanya menyedari kejadian terbabit selepas dihubungi suaminya pada 6 petang.

“Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bedah siasat sudah dijalankan pada 2 petang semalam dan punca kematian belum diperoleh kerana masih menunggu analisis makmal.

Mohd Iqbal berkata hasil siasatan mendapati mangsa ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja di dalam kereta selepas diambil dari sebuah taska berdekatan sekitar 2 petang.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Inspektor Syer Aidid di talian 013-6544996.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan