Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang (kanan) bersama Setiausaha Bahagian Pembangunan Usahawan Desa KKDW, Zaflin Pakwanteh bercakap pada sidang media selepas memantau persiapan Mini KUD 2024 di Halaman Samarahan. Foto TVS

‘Desamall’ KUD transformasikan produk komuniti desa – Rubiah

ByYusuf Shukri

KOTA SAMARAHAN, 1 Feb: ‘Desamall’ di Karnival Usahawan Desa (KUD) merupakan platform para usahawan mempamerkan produk dan perkhidmatan sekali gus ia turut mentransformasikan perniagaan serta meningkatkan pendapatan mereka.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata transformasi itu dapat disaksikan menerusi penggunaan aplikasi teknologi dan sistem pemasaran digital yang terbukti berkesan untuk memasarkan produk buatan komuniti desa.

KUD platform transformasi usahawan

“Kita mahu usahawan kita beralih daripada cara konvensional supaya produk mereka ini dapat dipasarkan dengan lebih luas lagi.

“Di Mini KUD, kita mempunyai reruai ‘Desamall’ di mana usahawan boleh memasarkan produk mereka melangkaui Malaysia.

“Ini kerana Desamall adalah platform yang bukan sahaja memasarkan produk luar bandar, tetapi ia mempunyai padanan dengan aplikasi seperti Lazada dan Shopee dan kita telah berjaya memasukkan lebih 3,000 produk desa ke pasaran yang luas ini,” kata Rubiah pada sidang media selepas memantau persiapan Mini KUD 2024 di Halaman Samarahan, di sini hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata di bawah kementeriannya, lebih 1.3 juta usahawan berjaya dilahirkan namun hanya 70,000 usahawan aktif berniaga dan 80 peratus daripada mereka merupakan usahawan PICO yang menjana pendapatan kurang daripada RM60,000.

Justeru, beliau menyarankan para usahawan datang bertandang ke Mini KUD bagi mendapatkan khidmat nasihat pakar untuk meningkatkan kualiti produk masing-masing.

“Kita telah jemput peruncit yang masyhur di Malaysia, seperti MYDIN, PETRONAS, AEON dan banyak lagi untuk melihat produk desa yang mempunyai potensi untuk di pasarkan di pasaraya ataupun platform mereka.

“Jika mereka berpuas hati dengan produk yang ditawarkan, padanan perniagaan boleh terus dilakukan dalam tempoh karnival ini,” tambanya lagi.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan 30,000 pengunjung dengan sasaran jualan RM300,000 untuk empat hari temasya karnival tersebut.

Lebih daripada 150 reruai pempamer terlibat dalam Mini KUD kali ini, termasuk usahawan di bawah bimbingan agensi KKDW, usahawan daripada Dewan USahawan Bumiputera Sarawak (DUBS), Koperasi Inovatif Usahawan Bumiputera (KIUB) dan sebagainya.

Orang ramai dipelawa untuk bertandang ke karnival tersebut bagi memeriahkan serta menyertai acara mencipta rekod Maraton Poco-Poco paling ramai di Malaysia dengan penyertaan lebih 3,200 orang pada Sabtu selain ceramah agama, pertandingan memanah, pesta makan lemang dan banyak lagi aktiviti menarik turut diadakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan