Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan disekitar Rumah Panjang Munggu Tunggal disini yang telah banyak berubah kesan daripada projek RTP yang dilaksanakan di DUN Saribas. Foto TVS.

Bina tebatan banjir antara projek berimpak tinggi dibangunkan BDDA di Saribas

DEBAK, 1 Feb: Projek pembinaan tebatan banjir merupakan antara 24 projek berimpak tinggi dilaksanakan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) di kawasan DUN Saribas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohd Razi Sitam berkata projek lain merangkumi kerja menaik taraf jalan-jalan kebun di sini.

“Projek-projek ini melibatkan kos yang besar terutamanya melibatkan ‘Flood Mitigation Project’ dan juga jalan-jalan kebun yang dinaik taraf untuk masyarakat di sini agar ia lebih baik dan lebih bagus untuk kemudahan penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas penyerahan tapak projek siap kepada penduduk di Rumah Panjang Seli Ali di Munggu Tunggal disini pada Rabu.

Pada masa sama, Mohd Razi mendedahkan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bakal membangunkan premis perniagaan sebagai inisiatif merancakkan ekonomi di Saribas.

“Bagi merancakkan sektor ekonomi di DUN Saribas kita juga akan mengadakan kerjasama dengan pihak SEDC dalam beberapa projek termasuk membina premis-premis perniagaan di sini nanti,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan