Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Datuk Ahmad Ibrahim, Rita Sarimah Patrick Insol dan Chemerai Anding Susan di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Abang Johari mahu Senator terus utamakan kepentingan Sarawak

ByAdlina Rahman

KUCHING, 1 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengingatkan Ahli Dewan Negara (Senator) dari Sarawak sentiasa menjaga dan mendahului kepentingan Sarawak.

Ahli Dewan Negara, Datuk Ahmad Ibrahim berkata itu antara pesanan Abang Johari kepada Senator ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Datuk Ahmad Ibrahim ditemui selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Beliau berkata pihaknya sedia memainkan peranan penting dalam menjaga kepentingan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Jika kami memerlukan bantuan dari segi perundangan, kami akan memohon bantuan daripada Jabatan Premier Sarawak kerana ada beberapa undang-undang bersyarat yang kami kurang fasih (seperti) dari segi pemahaman dan penterjemahan,” katanya.

Senator diharap terus utamakan kepentingan Sarawak

>Selain itu Ahmad yang merangkap Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Batu Kawa memberitahu, tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk memohon peruntukan bagi kawasannya.

Kunjungan hormat itu juga bertujuan untuk menyatakan penghargaan kepada Abang Johari atas pelantikan Senator Orang Ulu pertama, Michael Mujah Lihan yang telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada 11 Disember 2023.

Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Senator Rita Sarimah Patrick Insol serta Senator Chemerai Anding Susan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan