DEBAK, 1 Feb: Sebanyak 34 Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) akan dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas tahun ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak- Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, projek-projek berkenaan melibatkan pembangunan infrastruktur dan prasarana termasuk menaik taraf jalan ke rumah panjang dan jalan ke kebun.
“Ini termasuklah sistem perparitan yang melibatkan beberapa agensi pelaksana seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran  (DID) Sarawak dan pihak berkuasa tempatan yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada majlis penyerahan tapak projek siap kepada penduduk Rumah Panjang Seli Ali, Munggu Tunggal di sini hari ini.
Mengenai projek pendawaian yang dilaksanakan di rumah panjang berkenaan, Mohammad Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata, projek bernilai RM101,104.50 itu telah siap.
“Projek ini mendahului jadual yang ditetapkan iaitu ada 5 Februari 2024 seleas mula dilaksanakan pada 12 Disember tahun lepas,” katanya. -TVS