Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki negara melangkah ke pentas final edisi sulung Kejohanan Hoki 5s Piala Dunia 2024 di Muscat, Oman.Foto, Bernama.

Piala Dunia: Skuad hoki 5s Malaysia ke final bertemu Belanda

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki negara memahat sejarah tersendiri dengan kejayaan melangkah ke pentas final edisi sulung Kejohanan Hoki 5s Piala Dunia 2024 di Muscat, Oman selepas menewaskan Poland 4-3 pada aksi separuh akhir berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia.

Pada pertembungan berlangsung di Hockey Oman Venue itu, skuad bimbingan Wallace Tan berbekalkan semangat juang tinggi terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi pukulan penalti Muhammad Arif Syafie Ishak pada minit ketujuh disusuli Poland yang menyamakan kedudukan selang dua minit kemudian menerusi jaringan padang Damian Jarzembowski.

Bersambung babak kedua perlawanan, tiga gol terhasil daripada skuad 5s lelaki negara  menerusi Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin pada minit ke-19 diikuti kapten pasukan Mohamad Akhimullah Anuar Esook masing-masing pada minit ke-22 dan ke-24 sekali gus memastikan kedudukan selesa buat negara untuk mendahului 4-1 di depan Poland.

Poland bangkit merapatkan kedudukan apabila mencetak dua gol masing-masing menerusi Wojciech Rutkowski (27′) dan Jakub Holosyniuk (30′), namun ternyata tidak cukup untuk mengekang hasrat  skuad negara untuk mara ke peringkat seterusnya.

Skuad negara dijadualkan bertemu Belanda di pentas final pada 12.20 tengah malam ini.

“Apa yang boleh dikatakan tentang perlawanan hari ini, pemain Malaysia telah memberikan segalanya berjuang sehingga ke saat akhir.

“Yang terakhir tu Poland dapat cabar tapi kita dapat selamatkan sekali gus memenangi perlawanan ini,” kata Wallace menerusi video dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan