Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasrat seorang wanita kakitangan kerajaan untuk membina hubungan cinta dengan seorang lelaki warga Korea yang dikenalinya di Facebook bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia kerugian RM190,000 akibat diperdaya dalam sindiket 'love scam'. Foto Envato

Penjawat awam di Miri terjerat ‘Love Scam’ rugi RM12,000

MIRI, 31 Jan: Seorang pejawat awam di sini mengalami kerugian RM 12,000 setelah terjerat dalam ‘Love Scam’ dengan wanita melalui Instagram.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata mangsa berusia 20-an itu telah berkenalan dengan wanita yang tidak dikenalinya melalui laman sosial itu.

“Mangsa kemudian berhubung dengan suspek melalui Whatsapp kemudian telah diperdayakan oleh suspek dengan alasan mendapatkan bantuan pinjaman wang.

“Mangsa hanya sedar dirinya telah tertipu selepas suspek berterusan ingin meminjam wang daripada mangsa,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.

Alexson mendedahkan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan  jika disabitkan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun, dan dengan sebat, dan juga dikenakan denda.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat agar berwaspada apabila berurusan melalui atas talian dan segera menghubungi ‘National Scam Response Center’ di talian 997 sekiranya telah menjadi mangsa penipuan siber. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan