Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Foto Fahmi Fadzil (FB).

Isu pengampunan Najib dibawa ke mesyuarat Kabinet – Fahmi

ByBernama

PUTRAJAYA, 31 Jan: Isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu bagaimanapun berkata sebarang ketetapan mengenai perkara tersebut termasuk kenyataan media hanya akan dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan pengamal media tempatan dan luar negara untuk menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan sebelum membuat laporan berhubung permohonan pengampunan Najib.

“Saya minta bantuan semua, janganlah kita bertindak sebelum masanya dan tunggu kenyataan rasmi dikeluarkan.

“Patuhi proses itu, kalau tidak nanti timbul pelbagai reaksi. Kita perlu tunjuk profesionalisme dalam buat pelaporan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media antarabangsa Channel NewsAsia (CNA) bahawa Najib telah diberikan pengurangan hukuman daripada 12 kepada enam tahun.

Media itu, yang memetik sumber termasuk pegawai kanan kerajaan, melaporkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Najib atas pertuduhan rasuah dikurangkan kepada enam tahun oleh Lembaga Pengampunan selepas bermesyuarat pada Isnin lepas.

Selain itu, keputusan Lembaga Pengampunan yang diketuai Yang di-Pertuan Agong menyaksikan pengurangan denda RM210 juta (US$44.4 juta) kepada jumlah yang tidak ditentukan, demikian menurut tiga sumber yang bercakap kepada CNA dengan syarat kerahsiaan ketat.

Fahmi juga berkata beliau telah bertemu dengan wartawan CNA susulan laporan itu.

Ditanya bila kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan akan dikeluarkan, beliau berkata “kita harap tidak lama lagi, itu sahaja yang dapat saya katakan… anda dan saya perlu tunggu.” -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan