Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merafak sembah tahniah kepada Sultan Ibrahim yang melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini. Foto Fadillah Yusof (FB)

Fadillah merafak sembah tahniah kepada Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merafak sembah tahniah kepada Sultan Ibrahim yang melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, berkata beliau serta seluruh rakyat mendoakan agar Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan selain memacu Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan maju.

Sultan Ibrahim diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-17

“Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku, Menjunjung Kasih Tuanku,” katanya menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau.

Terdahulu, Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 31 Jan 2019. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan