Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kedua-dua timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan Kabinet menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara hari ini. Foto Bernama

Ahmad Zahid merafak sembah tahniah kepada Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah tahniah kepada Sultan Ibrahim yang melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau serta seluruh warga kementerian mendoakan agar Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sentiasa sihat sejahtera.

“Patik mendoakan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sentiasa sihat sejahtera dan kekal mentadbir negara dengan penuh kebijaksanaan demi rakyat tercinta.

“Menjunjung kasih Tuanku. Daulat Tuanku,” katanya dalam catatan menerusi Facebook.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan di Istana Negara hari ini ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin Shah dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, pada Oktober tahun lepas bagi tempoh lima tahun bermula hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan