Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan bas yang yang bertembung dengan trak di bandar Elota, barat laut Mexico, semalam. Foto AFP.

19 maut, bas bertembung dengan trak di Mexico

ByAFP

CULIACÁN, 31 Jan: Seramai 19 orang maut manakala 22 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dengan trak di bandar Elota, barat laut Mexico, semalam.

Sembilan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Impak pelanggaran menyebabkan bas itu yang dalam perjalanan dari bandar Guadalajara ke Los Mochis, Sinaloa hangus sepenuhnya.

Peguam negara bahagian negeri Sinaloa, Sara Quinonez berkata, identiti kesemua korban masih belum dapat disahkan.

Katanya, proses mengenal pasti mangsa juga dijangka mengambil masa berdasarkan keadaan mayat.

Punca kemalangan sedang disiasat oleh pihak berkuasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan