Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan khas Israel yang menyamar sebagai orang awam, doktor dan jururawat membunuh tiga lelaki Palestin di Hospital Ibn Sina di bandar Jenin pada pagi Selasa. Foto, AFP.

Tentera Israel menyamar doktor, jururawat bunuh tiga rakyat Palestin

ByBernama

JENIN (Palestin), 30 Jan: Pasukan khas Israel yang menyamar sebagai orang awam, doktor dan jururawat membunuh tiga lelaki Palestin di Hospital Ibn Sina di bandar Jenin pada pagi Selasa.

Mangsa dikenali pasti sebagai pasangan adik beradik Mohammad dan Basil Ayman Al-Ghazawi serta Mohammad Walid Jalamna, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut sumber hospital, kira-kira 10 anggota pasukan khas Israel menceroboh ke tingkat tiga hospital dan membunuh tiga pemuda itu menggunakan pistol yang dilengkapi penyenyap bunyi.

Ketika kejadian Basil sedang menerima rawatan di kemudahan berkenaan akibat kecederaan yang dialaminya sejak 25 Okt 2023.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Palestin Mai Alkaila menggesa Perhimpunan Agung PBB, institusi antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia untuk menamatkan siri jenayah harian yang dilakukan oleh tentera penceroboh terhadap rakyat Palestin dan pusat kesihatan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Menteri itu turut menggesa agar pusat perubatan dan kru ambulans diberi perlindungan sewajarnya daripada serangan tentera rejim.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau berkata undang-undang antarabangsa menyediakan perlindungan umum dan khusus untuk tempat-tempat awam, termasuk hospital selaras Konvensyen Geneva Keempat dan Protokol Tambahan Pertama dan Kedua kepada Konvensyen Geneva 1977 dan The Hague 1954. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan