Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini.  Foto Bernama

Tempoh pemerintahan tamat, Al-Sultan Abdullah berangkat balik ke Pahang hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Jan: Genap lima tahun bertakhta sebagai Ketua Utama Negara, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan berlangsung hari ini bagi menjunjung kasih tanda penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas jasa dan pengorbanan Seri Paduka berdua.

Istiadat khas itu dijangka berlangsung ringkas, namun penuh simbolik dengan adat istiadat Melayu yang melambangkan keunikan institusi diraja di negara ini.

Al-Sultan Abdullah, 64, yang melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019, dan Tunku Azizah akan berangkat meninggalkan Istana Negara kira-kira 8 pagi diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Berdasarkan Aturcara Pentadbiran, Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan membabitkan beberapa lokasi termasuk Istana Negara, Dataran Parlimen dan beberapa laluan utama di sekitar ibu negara sebelum ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menaiki pesawat pulang ke Pahang.

Seri Paduka yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan 2019 menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Jan 2019.

Al-Sultan Abdullah akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun bermula esok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan