Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohammad Razi Sitam (tiga dari kanan) hadir pada Program Sejambak Kasih 2024 Tahun Baru Cina di Majma Mall, Kuching. Foto, TVS.

Sarawak salur RM7.65 juta bantu persiapan Tahun Baharu Cina golongan kurang bernasib baik

KUCHING, 30 Jan: Kerajaan Sarawak menyalurkan peruntukan RM7.65 juta untuk meringankan beban kewangan golongan memerlukan sempena Tahun Baharu Cina 2024.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohamad Razi Sitam berkata, jumlah itu diagihkan kepada 7,656 penerima di seluruh Sarawak.

Katanya, peruntukan itu meliputi pelbagai bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

“Kuching mencatatkan jumlah penerima paling ramai iaitu 2,736 orang, diikuti Sibu (1,764) dan Miri dengan 835 penerima.

“Selain itu, bantuan juga disalurkan kepada 515 penerima di Sarikei, Sri Aman (387), Serian (314), Bintulu (273), Samarahan (212), Limbang (204), Mukah (184), Betong (158) dan Kapit (74),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina di Majma Mall, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mohammad Razi turut menyerahkan bantuan wang tunai RM100 dan hamper bernilai RM80 kepada 150 penerima.

Sementara itu, beliau menambah, sebanyak 2,736 orang atau 25.74 peratus penerima bantuan layak menerima sumbangan itu bagi meringankan beban kewangan selain menceriakan sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang.

“Bagi penerima yang tidak hadir pada hari ini, sumbangan wang tunai akan dikreditkan ke akaun masing-masing,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan