Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rantau ASEAN dilanda 28 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh dan kejadian berkaitan angin pada minggu keempat tahun 2024. Foto Bernama

Rantau ASEAN dilanda 28 bencana pada minggu keempat tahun 2024

ByBernama

JAKARTA, 30 Jan: Rantau ASEAN dilanda 28 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh dan kejadian berkaitan angin pada minggu keempat tahun 2024.

Menurut Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA), bencana itu telah menjejaskan Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Kemas kini mingguan Pusat AHA menunjukkan hujan monsun yang berterusan menyebabkan banjir di kebanyakan kawasan di selatan Asia Tenggara.

Kemaskini Bencana Mingguan ASEAN 22 – 28 Januari 2024 (Minggu 4). Foto Facebook AHA Centre

Badan Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB) melaporkan, banjir dan isu berkaitan angin di 14 wilayah dengan Nusa Tenggara Timur, Sulawesi, Sumatera Barat, Jawa Tengah, Yogyakarta, Bangka Belitung, Kalimantan Utara, Sulawesi Tengah, Jawa Barat, Jawa Timur, Aceh, Riau, Sumatera Selatan dan Sumatera Utara antara yang paling terjejas teruk.

Sementara itu di Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan banjir melanda Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor.

Di Thailand, Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana melaporkan kesan banjir di wilayah Narathiwat di wilayah selatan telah menjejaskan sehingga 755 keluarga.

Selain itu, agensi meteorologi Indonesia merekodkan empat gempa bumi melebihi 5.0 pada skala Richter.

Agensi gunung berapi Indonesia pula melaporkan tiga aktiviti gunung berapi manakala di Filipina melaporkan empat aktiviti gunung berapi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan