Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Senapang yang dirampas polis di rumah lelaki berkenaan di Pakan. Foto IPD Julau.

Lelaki cedera tembak diri sendiri di Pakan

JULAU, 30 Jan: Polis mengesahkan telah menahan seorang pekebun sawit yang menembak diri sendiri dalam kejadian di Pakan pada 16 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan (DSP) Andam Sulin berkata, lelaki yang berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan di paha kiri dan retak tulang pinggul akibat kejadian itu.

Kata beliau, berdasarkan laporan, kejadian berlaku di rumah lelaki berkenaan.

“Dia kemudian dirujuk ke Hospital Sarikei pada hari yang sama untuk rawatan lanjut.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau melakukan pemeriksaan di rumahnya.

“Kita merampas selaras senapang patah jenis bekakok, sebatang paip besi hitam berupa laras senapang serta bahan kerja berisi kelongsong peluru dipercayai digunakan oleh suspek ketika kejadian,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Andam berkata, lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut sejurus dibenarkan keluar wad.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8(A) Akta Senjata 1960 iaitu memiliki senjata atau amunisi tanpa lesen atau permit yang sah,” tambahnya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan