Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Darı Sri Fatimah Abdullah (tiga dari kanan) menyerahkan merchant tool kepada Dr Chong Ket Cheong (dua dari kanan) di sini hari ini.Foto, TVS.

KGC Plus bantu warga emas terima rawatan lebih cepat di hospital, klinik swasta

MIRI, 30 Jan: Kerajaan Sarawak akan melancarkan Kad Kenyalang Gold Plus pada tahun ini sebagai penambah baik Kad Kenyalang Gold (KGC) sedia ada.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada warga emas.

Kata beliau, antara keistimewaan kad baharu itu ialah membolehkan warga emas menggunakannya untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan di hospital dan klinik swasta.

“Tahun ini kita akan tambah baik perkhidmatan kepada warga emas kita melalui Kenyalang Gold Card Plus,” katanya kepada pemberita semasa lawatan ke Hospital Columbia Asia Miri di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus dan Pengurus Besar Hospital Columbia Asia Miri, Dr Chong Ket Cheong.

Kerajaan Sarawak sebelum ini melancarkan KGC pada 2020 yang memberi pelbagai manfaat termasuk diskaun dan rebat untuk beberapa perkhidmatan serta barang keperluan warga emas di Sarawak.

Pemegang KGC juga layak mendapat Bantuan Ehsan Kematikan (BIK) berjumlah RM3,000.

Berhubung KGC Plus, Fatimah memaklumkan, warga emas boleh dapat rawatan secepat mungkin dan tidak perlu menunggu giliran untuk menerima rawatan di hospital kerajaan.

Sementara itu, Fatimah memaklumkan, sedikit perubahan dilakukan apabila BIK dikurangkan dan diganti dengan tambahan faedah kesihatan.

“Pemegang Kad Kenyalang Gold yang melibatkan isi rumah berpendapatan di bawah RM7,000 berpeluang untuk menikmati kemudahan tersebut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan