Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol. Foto Nadhir Azfar (TVS)

Bukan lagi isu, pelantikan TYT, Tun Dr Wan Junaidi mengikut perlembagaan – Abdullah Saidol

ByMadeline Dugat

KUCHING, 30 Jan: Pelantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan adalah berlandaskan kepada perlembagaan Negeri Sarawak, kata Timbalan Menteri di pejabat Premier Sarawak (hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

Menurut beliau sifat kepimpinan yang ada pada Wan Junaidi diyakini akan memangkin pembangunan negeri ini.

“Apa-apa pun berita pelantikan tentang beliau adalah tidak menjadi satu isu kerana pelantikan beliau adalah mengikut undang-undang dan kita mengalu-alukan Tuan Yang Terutama (TYT) semoga dalam menjalankan tugas dengan baik untuk Sarawak yang semakin agresif dalam pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS pada program UNIFOR &UKAS Joint Blood Donation Drive di Plaza Merdeka, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdullah Saidol mendedahkan dirinya akan mengadakan satu pertemuan bersama Tun Dr Wan Junaidi dalam masa terdekat ini,

“Semalam sempat juga berjumpa secara peribadi dengan beliau dan kita memberitahu warga wartawan akan memberi kerjasama yang terbaik.

“Insha-Allah dalam masa tertentu nanti, Tuan Yang Terutama Tun akan mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan semua warga wartawan secara santai dan mungkin kita akan mengatur UKAS atau yang lain untuk mengatur sebarang jadual jika ada wawancara untuk mengenali Tuan yang Terutama Tun kita,” ujarnya,

Pada Isnin, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri pada Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan