Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Program Sejambak Kasih 2024 Tahun Baru Cina di Hotel Dynasty, Miri. Foto TVS

7,656 penerima Program Sejambak Kasih Tahun Baru Cina tahun ini – Fatimah

MIRI, 30 Jan: Seramai 7,656 penerima di seluruh negeri menerima bantuan amal sempena Program Sejambak Kasih Tahun Baru Cina pada tahun ini, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) itu berkata program berkenaan melibatkan sumbangan keseluruhan berjumlah RM765,600.

Menurutnya penganjuran program tersebut dijayakan dengan usahasama kementeriannya bersama rakan-rakan strategik sebagai inisiatif  untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Program ini merupakan sebahagian daripada program capaian komuniti yang menyeluruh dan turut disertai oleh rakan-rakan strategik KPWK serta organisasi kerajaan dan swasta dengan objektif membantu golongan kurang berkemampuan, warga emas serta orang kurang upaya (OKU) bersempena cuti perayaan Tahun Baru Cina kelak,” katanya.

Fatimah berkata demikian pada Program Sejambak Kasih Tahun Baru Cina di Miri bersama Hotel Dynasty dan Pejabat Kebajikan Bahagian Miri, di sini pada Selasa.

Terdahulu, majlis menyaksikan lebih 100 orang penerima menrima bantuan amal berkenaan di sini selain acara penyerahan bantuan bekalan keperluan harian, makanan serta wang sagu hati kepada para penerima bantuan pada program tersebut.

Turut hadir Timbalan Menteri KPWK, Datuk Rosey Yunus, Pengarah Urusan Hotel Dynasty Miri, Tony Pui serta Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Strategik Pejabat Kebajikan Bahagian Miri, Muhammad Zakeria Hattar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan