ABUJA, 30 Jan: Sekurang-kurangnya 30 orang yang disyaki penculik terbunuh dalam serangan udara tentera Nigeria pada hujung minggu di negeri Kaduna, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa pada Isnin.
Operasi pada Sabtu itu dijalankan hasil laporan risikan sebuah jet pejuang tentera yang melihat pergerakan konvoi 15 motosikal di kawasan Birnin Gwari di Kaduna, menurut jurucakap Tentera Udara Nigeria Edward Gabkwet dalam satu kenyataan.
Laporan risikan mendapati kumpulan penjenayah itu bertanggungjawab melakukan serangan hendap ke atas tentera di kawasan yang sama pada awal Sabtu, menurut Gabkwet.
“Mereka juga melakukan beberapa serangan dan penculikan ke atas orang awam di Birnin Gwari,” katanya. -TVS