Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama bersama isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi meluangkan masa bersarapan di Kafe Yong Hua. Foto: Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (FB)

Wan Junaidi bersarapan di Kafe Yong Hua, beramah mesra dengan rakyat

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 29 Jan: Beberapa jam sebelum Istiadat Angkat Sumpah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini bersama isterinya Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi meluangkan masa bersarapan di Kafe Yong Hua kegemarannya di Satok.

Menurut laman rasmi Facebook miliknya, kafe tersebut merupakan kedai makan yang sering dikunjungi beliau untuk bersarapan pagi sejak dulu lagi.

Tun Dr Wan Junaidi menyantuni dan beramah mesra dengan pelanggan lain. Foto: Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (FB)

“Ini adalah antara kafe yang sering dikunjungi untuk sarapan pagi, mi jawa dan satay adalah antara menu yang sering menjadi pilihan,” katanya.

Gambar-gambar yang dikongsikannya di media sosialnya turut memaparkan beliau memandu sendiri ke kafe berkenaan yang turut disertai anak-anaknya.

Di samping itu, beliau juga sempat menyantuni dan beramah mesra dengan pelanggan lain yang berada di situ sebelum berangkat pulang.

Tun Dr Wan Junaidi menyantuni dan beramah mesra dengan para pelanggan lain. Foto: Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (FB)

 

Tun Dr Wan Junaidi memandu sendiri kereta ditemani isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi. Foto: Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (FB)

Sementara itu, Istiadat Angkat Sumpah Yang di-Pertua Negeri akan berlangsung pada petang ini.

Wan Junaidi menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 26 Januari lepas.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan