Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi beramah mesra dengan para hadirin selesai Istiadat Angkat Sumpah Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Tun Dr Wan Junaidi bantu perjuangan Sarawak kembalikan hak dalam MA63

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING,29 Jan: Pelantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak akan membantu memudahkan mengembalikan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, Wan Junaidi merupakan seorang yang dikenali dan dihormati di peringkat persekutuan serta berpengalaman luas dalam aspek perundangan sekali gus diyakini dapat membantu Sarawak mengembalikan hak dalam MA63.

“Pelantikan beliau amat bertepatan sekali. Beliau banyak berjasa di Sarawak, karier politik beliau dari mula sampai sekarang dengan menyumbang bakti kepada pembangunan negeri ini dan juga membantu dalam isu MA63.

“Beliau seorang yang berkarisma dan memang dikenali dengan mempunyai hubungan baik dengan institusi raja dan Kerajaan Persekutuan.

“Ini akan memudahkan lagi usaha kita untuk mengembalikan hak-hak Sarawak di bawah MA63,” katanya ketika ditemui TVS pada Majlis Istiadat Angkat Sumpah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Sharifah Hasidah berkata, kejayaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan sebahagian hak Sarawak yang terhakis ketika memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) merupakan antara sumbangan terbesar beliau kepada negeri ini.

Pelantikan Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak dibuat mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun dari 26 Jan 2024 hingga 26 Jan 2028. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan