Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Shukreen Ma pada Program Myairportcares Ceria Kembali ke Sekolah anjuran Malaysia Airports Holdings Berhad di Kuching, hari ini. Foto TVS

Myairportcares Ceria Kembali ke Sekolah ringankan beban ibu bapa

KUCHING, 29 Jan: Program Myairportcares Ceria Kembali ke Sekolah anjuran Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menjadi platform dalam membantu memperkasa sistem pendidikan di samping meringankan beban ibu bapa.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat Malaysia Airport Berhad (MAHB) Shukreen Ma berkata, inisiatif program tanggungjawab sosial korporat itu akan memberikan semangat pelajar menimba ilmu dengan semua keperluan persekolahan yang mencukupi.

“Kita punya tanggungjawab sosial korporat terbahagi kepada tiga tonggak utama. Pertama memperkasakan belia dan komuniti melalui pendidikan, kedua dasar inklusiviti kepada golongan kurang berkemampuan dan ketiga memelihara warisan, seni dan budaya Malaysia.

“Untuk program hari ini di bawah tonggak pertama adalah untuk memastikan kita boleh memberi balik kepada komuniti dan masyarakat. Kita pilih sekolah yang berdekatan dengan lapangan terbang kita untuk memberi bantuan kepada pelajar-pelajar untuk melalui sekolah dengan senang hati dengan peluang yang mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada perasmikan Program Myairportcares Ceria Kembali ke Sekolah di sebuah pusat beli belah di sini, hari ini.

Katanya, sejak dilaksana pada 2018, inisiatif MYAirportCARES Ceria Kembali ke Sekolah telah memberikan manfaat kepada lebih 3,000 pelajar sekolah rendah dari kumpulan B40 melibatkan 39 sekolah terpilih berhampiran lapangan terbang kendalian MAHB.

“Penerima-penerima sumbangan ini dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh Malaysia Airports dengan kerjasama Yayasan MyKasih,” katanya.

Pada majlis berkenaan, seramai 150 orang pelajar Tahun 1 sehingga Tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Tabuan Jaya, Kuching menerima sumbangan bernilai hampir RM90,000.

Sumbangan tersebut yang berupa barangan kelengkapan persekolahan serta kad pintar tanpa tunai bagi pembelian buku dan makanan di kantin sekolah dilaksana sempena pembukaan semula musim persekolahan pada Mac nanti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan