Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, hari ini. Foto Media sosial

Lebih 200 keterangan direkod berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan

ByBernama

KLANG, 29 Jan: Polis sudah merekodkan keterangan lebih 200 orang berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak lelaki autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya, tidak akan pernah berhenti menyiasat dan akan terus mencari petunjuk baharu berdasarkan semua maklumat.

“Sukar nak terima Zayn Rayyan sudah tiada” – Ibu

“Lebih 200 orang kita panggil. Sejak awal-awal kita sudah siasat kedua-dua blok sebab itu, memang ramai.

“Buat masa ini tiada perkembangan baharu, kita masih menilai bahan bukti yang dikumpul. Seperti saya katakan tempoh hari, kita tidak pernah berhenti menyiasat,” katanya pada sidang akhbar selepas program dialog awam bersamanya di sini, hari ini.

Mohd Suhaily berkata anggotanya masih berada di lapangan, bagi berjumpa dengan masyarakat setempat sekiranya ada maklumat yang tertinggal walaupun kecil.

“Sukar nak terima Zayn Rayyan sudah tiada” – Ibu

Pada 5 Dis tahun lepas, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai dekat sini, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya, dan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh.

Sementara itu, dalam program dialog awam itu, Mohd Shuhaily turut mengingatkan pegawai penyiasat supaya tidak membuang masa pengadu atau saksi ketika hadir memberi keterangan.

“Sukar nak terima Zayn Rayyan sudah tiada” – Ibu

“Harapan saya semua pegawai (penyiasat) perlu beri penekanan kepada masa, supaya tidak membuang masa mereka (pengadu atau saksi) menunggu. Jangan layan saksi seperti mereka tidak mempunyai perkara untuk dilakukan.

“Mereka datang (untuk beri keterangan) sebab patuh pada proses, janganlah buat mereka begitu. Mereka yang datang itu bukan hendak kena curi dan kena ragut,” katanya ketika menjawab soalan peserta dialog awam itu mengenai sikap pegawai yang membuang masa saksi atau pengadu yang hadir untuk memberi keterangan.

Mohd Suhaily berkata perkara itu membuatkan terutama mereka yang makan gaji hari akan hilang pendapatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan