Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang menyiasat dakwaan perbuatan mengaibkan kesantunan wanita melibatkan anggota polis susulan penularan video dikatakan memaparkan perbualan dua individu terbabit di media sosial, semalam. 

Anggota polis ditahan bantu siasatan kes rogol remaja

ByBernama

IPOH, 29 Jan: Seorang anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan tingkatan empat.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, anggota berpangkat sarjan itu direman hingga Rabu depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis telah mengambil keterangan daripada mangsa dan beberapa saksi bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Jabatan Integriti dan Permatuhan Standard akan mengambil tindakan dalaman daripada pihak jabatan kepada anggota yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Healthy Eating Active Living (H.E.A.L) anjuran Lions Club of Ipoh di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pelajar berumur 16 tahun itu mendakwa kejadian berlaku di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah pada Julai dan Oktober tahun lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan