Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penerbangan harian terus antara Kuching dan Pulau Pinang akan disambung semula pada 31 Mac 2024. Foto AirAsia

AirAsia sambung semula penerbangan Kuching-Pulau Pinang mulai 31 Mac ini

KUCHING, 29 Jan: Penerbangan terus domestik antara Kuching dan Pulau Pinang akan disambungkan semula mulai 31 Mac ini.

Syarikat tambang murah Malaysia, AirAsia, menerusi kenyataan media hari ini turut memaklumkan penerbangan terus yang menghubungkan kedua-dua bandaraya itu akan dilakukan dengan kekerapan secara harian.

“Pelancaran semula laluan ini yang dikendalikan oleh AirAsia dari hab utama di Kuching merupakan pilihan popular dalam kalangan para pelancong dari utara Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

“AirAsia juga menghubungkan Kuching dan Kota Kinabalu dengan penerbangan harian secara terus yang menawarkan lebih pilihan kepada para pelancong untuk merancang perjalanan dan percutian ke Sarawak dan Sabah sekali gus,” menurut kenyataan berkenaan.

AirAsia turut mengumumkan penerbangan terus antara Kota Kinabalu dan Pulau Pinang turut disambungkan mulai tarikh yang sama dan ia sekali gus menyediakan kesalinghubungan dalam memacu sektor pendidikan dan perniagaan.

Laluan penerbangan antara Kuching dan Pulau Pinang (AK5433) akan berlepas pada 11:50 pagi dan tiba pada 1:50 petang secara harian manakala laluan Pulau Pinang dan Kuching pula dengan nombor penerbangan AK5432 akan berlepas pada 2:15 petang dan tiba pada 4:15 petang juga secara harian.

“Tempat duduk boleh ditempah mulai sekarang dengan tambang sehala bermula RM119 untuk penerbangan dari Kuching ke Pulau Pinang dan serendah RM159 untuk penerbangan dari Kota Kinabalu ke Pulau Pinang.

“Tempah sekarang sehingga 18 Februari 2024 untuk menikmati tambang promosi bagi perjalanan bermula 31 Mac sehingga 30 November 2024,” menurut kenyataan itu lagi.

Orang ramai boleh membuat tempahan melalui aplikasi Superapp dan laman web rasmi airasia.com dan ikuti maklumat terkini dan promosi dengan mengikuti @flyairasia di laman sosial media rasmi.

Untuk rekod pada 6 Februari 2023, AirAsia mengambil keputusan untuk menggantung penerbangan terus antara Kuching dan Pulau Pinang berkuatkuasa 1 Mac 2023 atas faktor penjadualan penyelenggaraan separuh daripada pesawat mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan