Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
CUEPACS yakin waktu bekerja yang pendek akan membawa kepada peningkatan produktiviti kerana para pekerja berasa bersemangat dan dihargai. Foto fail, Bernama.

Pencen penjawat awam: CUEPACS harap masih ada ruang perbincangan

ByBernama

KUALA NERUS, 28 Jan: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, Cuepacs berpendirian sistem persaraan yang ada pada ketika ini merupakan yang terbaik serta bersesuaian dengan kedudukan gaji penjawat awam bagi mereka meneruskan kehidupan di hari tua nanti.

“Jika kerajaan ingin membuat suatu keputusan dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) termasuk memansuhkan sistem pencen ini, kerajaan perlu meningkatkan gaji yang lebih besar supaya kami mampu untuk mencarum (dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan mampu berbelanja serta menyimpan untuk hari tua,” katanya kepada pemberita pada Majlis Solidariti Cuepacs Zon Timur Bersama Presiden Cuepacs di sini malam semalam.

Adnan berkata, gaji yang diterima penjawat awam kini disifatkannya “cukup-cukup makan” sehingga ada penjawat awam tidak mampu memiliki rumah sendiri dan sistem pencen sedia ada merupakan kemudahan buat mereka meneruskan kehidupan selepas persaraan.

Beliau berkata, keputusan pemansuhan pemberian pencen juga dikhuatiri akan membawa “kesuraman” kepada perkhidmatan awam pada masa akan datang.

Dalam pada itu beliau sekali lagi menyeru kerajaan supaya segera menaikkan gaji penjawat awam tanpa perlu menunggu pelaksanaan SSPA yang mungkin siap penghujung tahun ini berikutan situasi kenaikan kos sara hidup dan harga barangan ketika ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan