JAKARTA, 28 Jan: Selepas diisytiharkan hilang dan terputus hubungan Ahad lalu di perairan Tagulandang, Sulawesi Utara, mangsa Kapal LCT Bora V masih belum ditemukan kesemuanya.
Dalam operasi mencari 18 mangsa hilang selama tujuh hari, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Manado hanya berjaya menemui 12 mangsa, 10 orang terselamat dan dua daripadanya maut manakala enam lagi belum ditemukan.
Ketua SAR Manado, Monce Brury mengesahkan ketika pencarian, pasukan sukar mencari mangsa berikutan ketinggian ombak laut mencecah 2-3 meter sehingga menyebabkan operasi tidak berjalan maksimum.
@tvsarawak Selepas diisytiharkan hilang dan terputus hubungan Ahad lalu di perairan Tagulandang, Sulawesi Utara, mangsa Kapal LCT Bora V masih belum ditemukan kesemuanya. 📹 SAR Manado 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok
“Kami sudah berusaha sedaya upaya mencari mangsa yang hilang, namun tidak menemui enam penumpang LCT Bora V meskipun pasukan dicabar oleh ombak tinggi sehingga kami terpaksa menamatkan operasi,” katanya.
Bagaimanapun, pihaknya terus memantau apabila terdapat tanda-tanda enam mangsa yang masih hilang ditemui.
Pihaknya juga akan memaklumkan kepada semua kapal yang berada di sekitar perairan di situ sekiranya melihat tanda-tanda mangsa, supaya segera melaporkan sehingga operasi ini dapat dijalankam semula.
Kapal LCT Bora V dipercayai karam akibat dipukul ombak tinggi akibat cuaca buruk yang ketika itu tengah membawa enam buah lori dan penjana elektrik dalam perjalanan dari Bitung ke Tagulandang. -TVS