Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kawasan lapang di hadapan Rumah Panjang Rambor, Kapit, terjejas akibat tanah runtuh. Foto PGO Bomba Sarawak

Hujan lebat akibatkan tanah runtuh di Rumah Panjang Rambor

ByIzzah Kamilah Yunus

KAPIT, 28 Jan: Hujan lebat berterusan telah mengakibatkan berlaku tanah runtuh di Rumah Panjang Rambor, Nanga Melipis, Sungai Batang Rejang, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.30 pagi dengan menggerakkan Bălai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati tanah runtuh berlaku pada kawasan lapang hadapan rumah dalam jarak tujuh meter dan sepanjang 50 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kejadian itu disebabkan hujan lebat berterusan dan telah memasuki rekahan lama pada kawasan lapang hadapan rumah panjang tersebut.

“Pasukan BBP Kapit memasang tali sawar-sawar di sepanjang berlakunya tanah runtuh dan memberi khidmat nasihat kepada penghuni rumah panjang agar tidak mendekati kawasan runtuhan tersebut.

“Bagaimanapun tiada kecedaraan yang dilaporkan di Rumah Panjang Rambor yang mempunyai 200 penghuni,” katanya lagi.

Penghuni rumah panjang juga dinasihati agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera memaklumkan segera jika berlaku runtuhan tanah semula.– TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan