Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Wilayah HRD Corp Sarawak, Tuty Bujang bersama para peserta Program Capaian Komuniti HRD Corp Miri. Foto TVS

HRD Corp Sarawak santuni anak-anak yatim

MIRI, 28 Jan: Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) Sarawak menyantuni 33 anak-anak yatim dari Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup menerusi Program Capaian Komuniti HRD Corp.

Ketua Wilayah HRD Corp Sarawak, Tuty Bujang berkata, program tersebut merupakan salah satu inisiatif organisasinya dalam usaha penerapan pembelajaran, selain memangkin perkembangan sosio-ekonomi komuniti penduduk setempat.

“Tujuan penganjuran program ini adalah untuk memastikan tiada golongan yang ketinggalan dalam mendapatkan ilmu dan juga latihan,” katanya pada program yang dianjurkan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, program anjuran HRD Corp mensasarkan pelbagai golongan komuniti dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka, selain cakna tentang fungsi HRD Corp dalam membantu mereka mengembangkan potensi diri serta peluang pekerjaan di pasaran agar dapat menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Pada program yang sama, para peserta turut didedahkan dengan kelas pengendalian dron, sukan serta pembinaan dan pemantapan sahsiah diri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan