KUCHING, 28 Jan: Keadaan banjir di sekitar bandaraya Kuching dan sepanjang Sungai Sarawak berada dalam keadaan terkawal meskipun hujan lebat sekitar jam 7 pagi tadi.
Terdapat beberapa tempat di sekitar Kuching dan Samarahan telah dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat awal pagi tadi antaranya:





Bagaimanapun, pihak bomba telah membuat pemantauan di kawasan Kota Samarahan dan Asajaya. Hasil pemantauan, di semua kawasan yang banjir terdapat berlaku limpahan air dan takungan akibat sistem perparitan menyebabkan aliran air tidak lancar. Namun keadaan tersebut masih terkawal dan tiada pemindahan mangsa banjir.