Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto TVS

Abang Johari hargai jasa Tun Taib abadikan hidup demi pembangunan Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 28 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kerana telah mengabdikan hidupnya untuk pembangunan dan kesejahteraan Sarawak.

Menurut Abang Johari, Tun Taib Mahmud telah menunjukkan kualiti sebenar beliau sebagai pemimpin terhadap rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan agama di negeri ini dengan menyatukan mereka serta mewujudkan kestabilan politik di Sarawak di bawah falsafah “politik pembangunan” beliau.

Tun Taib abadikan hidupnya untuk Sarawak – Abang Johari.

“Beliau memainkan peranan penting dalam melaksanakan dasar untuk menjamin masa depan Sarawak sebagai ekonomi moden, terutamanya dengan memanfaatkan sumber kekayaan baharu di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). Beliau adalah bapa Sarawak moden.

“Kualiti Pehin Sri Taib sebagai pemimpin yang hebat juga dicontohi dalam melahirkan pemimpin baharu seperti Allahyarham Pehin Sri Adenan Haji Satem, perdana menteri dan pemimpin muda yang lain,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Premier hari ini.

Tempoh perkhidmatan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh tamat setelah menjawat jawatan itu selama tiga penggal sejak 1 Mac 2014.

Untuk rekod, Pehin Sri Taib memulakan perkhidmatan awam pada usia muda apabila menjadi ahli kabinet negeri pertama selepas Sarawak diberi kuasa berkerajaan sendiri oleh British pada 22 Julai 1963.

Selepas itu, pada 1966 beliau berkhidmat dalam pelbagai jawatan menteri dalam Kerajaan Persekutuan.

Beliau kembali ke Sarawak sebagai Ketua Menteri pada tahun 1981 mengambil alih daripada Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya’akub sebagai Ketua Menteri Sarawak keempat.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan