Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isterinya Toh Puan Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pagi ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

TYT Sarawak bersama isteri tiba di Kuching hari ini

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 27 Jan: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tiba di Kuching pagi ini selepas menerima surat cara pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

@tvsarawak

TYT Sarawak bersama isteri tiba di Kuching. 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #tytsarawak #sarawak #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

Beliau tiba pada jam 11 pagi bersama isterinya Toh Puan Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) disambut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan kepimpinan tertinggi Kerajaan Sarawak.

Sejurus tiba, beliau meluangkan masa sekitar 30 minit bersama hadirin yang menyambut ketibaannya di bilik media lobi KIA.

Usai itu, beliau bersama isterinya bertolak ke Tanah Perkuburan Samariang bagi menziarahi pusara arwah isterinya, Allahyarhamah Datin Seri Feona Sim @Norjanah.

Selepas itu, beliau dijadual mengunjungi Masjid Jamek Sarawak pada jam 12 tengah hari bagi menunaikan solat fardhu zohor.

Antara yang hadir menyambut beliau di KIA ialah, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

TYT Sarawak bersama isteri tiba di Kuching pada Sabtu.

Wan Junaidi, 78, dilantik sebagai TYT Sarawak mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun sehingga 26 Januari 2028.

Pelantikan Wan Junaidi bagi menggantikan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan