Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri merakam gambar kenangan bersama 80 pelajar sekolah penerima sumbangan. Foto TVS

Program Back To School 2024 bantu ringankan beban ibu bapa

LUNDU, 27 Jan: Sumbangan berupa kelengkapan peralatan persekolahan seperti beg, alat tulis, sepasang baju, stokin dan kasut sekolah yang dihulurkan oleh Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dilihat mampu membantu meringankan beban ibu bapa.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, program tersebut adalah kali kelima diadakan anjuran Parlimen P193 Santubong, melalui penganjuran program tersebut tahun ini, lebih dari 271 pelajar dari 16 sekolah rendah di kawasan N3 Tanjung Datu telah dibantu.

“Ini adalah langkah kecil tetapi signifikan dalam usaha kita untuk menyokong anak-anak agar mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi.Kita mempunyai perancangan dan besar hasrat kita untuk melihat anak-anak ini berjaya dan menjadi pemimpin kepada masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Back To School 2024 anjuran Parlimen P193 Santubong dengan kerjasama PEKEMA Sarawak dan YKN di Pusat Latihan SALCRA Lundu di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Presiden PEKEMA Sarawak, Dato Ismail Abang Saufi, Timbalan Presiden PEKEMA, Tapah Ata, Ketua Pegawai Eksekutif  YKN, Nordina Haron dan Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani

Ahi Parlimen Santubong itu berkata, ceramah Sentuhan Selamat anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diadakan bersempena program Back to School 2024 dilihat satu inisiatif yang baik dalam mendidik pelajar sekolah rendah bagi mengetahui kategori sentuhan yang dibolehkan.

“Golongan kanak-kanak harus diajar mengenai sentuhan selamat dan diajar menolak sebarang sentuhan apabila tidak selesa sekalivgus mengelak dari menjadi mangsa gangguan seksual orang yang tidak dikenali mahupun ahli keluarga sendiri, kita minta program seumpama ini diperluaskan di peringkat sekolah menengah.

Katanya, program ini amat perlu untuk kita memberi kesedaran dan juga maklumat kepada para pelajar mengenai sentuhan selamat, sentuhan baik dan sentuhan yang tidak dibolehkan dan penting kepada mereka kerana banyak perkara yang berlaku melibatkan kanak-kanak dan pelajar yang telah diperkosa dan disalahguna oleh pihak-pihak tertentu termasuk ibu bapa dan keluarga sendiri.

Program Back to School akan diteruskan sehingga 29 Januari melibatkan seluruh sekolah di daerah Kuching.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan