Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman menyerahkan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang. Foto TVS

Pelantikan Tun Dr Wan Junaidi mampu capai Sarawak negeri maju

LIMBANG, 27 Jan: Pelantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan mampu merealisasikan hasrat Sarawak menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pelantikan Wan Junaidi amat bertepatan berdasarkan pengalaman luasnya dalam bidang politik di Sarawak dan Malaysia amnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, rakyat Sarawak khususnya di utara negeri ini gembira dan bersyukur dengan pelantikan beliau untuk membawa Sarawak ke mercu kejayaan secara keseluruhannya termasuk di Limbang.

“Saya yakin dengan kepimpinan beliau Sarawak akan lebih bertambah maju dan makmur dan sama-sama membantu kepimpinan Premier Sarawak untuk membawa Sarawak maju ke era cemerlang menjadi wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

“Kami amat berbesar hati,masyarakat Limbang keseluruhannya bersyukur di atas pelantikan Tun sebagai Gabenor Sarawak kelapan,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Hari Terbuka Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Empat di sini, hari ini.

Wan Junaidi, 77, dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak, mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028, menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang memegang jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh selama 10 tahun sejak Mac 2014. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan