Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep melakukan simbolik pecah tanah semasa Majlis Pecah Tanah Jalan Kampung Tanjong Poting di Dewan Kampung Tanjong Poting di Bau tari ini. Foto TVS

Pelaksanaan projek naik taraf jalan Kampung Tanjong Poting, Senibung dan Tanjong Bowang dimulakan

BAU, 27 Jan: Pelaksanaan projek naik taraf jalan Kampung Tanjong Poting, Senibung dan Tanjong Bowang baru dimulakan setelah peruntukkan diluluskan sejak tahun 2016, projek tersebut telah mengambil masa tujuh tahun untuk proses pelaksanaan, kerja-kerja pengambilan tanah dan pengurusan lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata, kini pihak kontraktor masih dalam proses pembersihan tapak dan tiada sebarang masalah besar yang dihadapi oleh mereka setakat ini.

Pelaksanaan tiga projek naik taraf jalan di Bau bermula.

“Isu tanah dengan beberapa pemilik tanah telah dibincangkan bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Tanah dan Survey (JTS) untuk mencapai kesepakatan dalam meneruskan projek tanpa ada halangan,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pecah Tanah Jalan Kampung Tanjong Poting di Dewan Kampung Tanjong Poting di Bau pada Sabtu.

Beliau berkata, projek tersebut juga akan menyelesaikan isu banjir yang sering membelenggu penduduk kampung pada setiap tahun, malah pihaknya mengatasi isu banjir dengan membina jalan dengan lebih tinggi serta meletakkan dua buah jambatan di beberapa bahagian jalan tersebut.

“Kalau siapnya projek ini nanti, kita tak ada masalah banjir yang setiap tahun memang sering berlaku. Jadi ada dua jambatan konkrit yang perlu dibina dan paras jalan pun perlu dinaikan terutamanya kampung Senibung,” jelasnya.

Untuk rekod, projek naik taraf jalan raya tersebut adalah sepanjang 11.4 kilometer dan menelan kos sebanyak RM43.99 juta.Projek tersebut juga dijangka siap pada 13 Disember 2025 kerana ia mengambil masa selama 24 bulan untuk disiapkan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan dinasihatkan agar membina rumah kediaman mereka jauh dari bahu jalan raya bagi memastikan tidak berlaku masalah seperti kenderaan yang melanggar tiang atau struktur rumah penduduk.

Jelasnya lagi, ia juga dapat mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan perkampungan sekiranya terdapat aktiviti keramaian atau bencana akibat dari kenderaan penduduk yang sering diletakkan di atas jalan raya.

“Kalau ada isu bencana, kebakaran dan sebagainya sukar bagi kenderaan bomba untuk masuk membantu disebabkan kawasan perkampungan yang sesak.

“Saya mohon kepada ketua-ketua kaum ketua-ketua masyarakat kalau ada anak kampung mau buat rumah pastikan ia tidak terlalu dekat dengan tepi bahu jalan,” katanya.

Tambahnya, ketua-ketua kaum dan ketua-ketua masyarakat perlu memainkan peranan dalam membantu generasi baharu yang ingin membuat rumah agar menitikberatkan perkara ini.

“Ini bagi memastikan kawasan perkampungan mereka tidak terlalu sesak seiring dengan pertambahan penduduk yang semakin meningkat,” tegasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan