Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 bagi setiap murid perlu dilakukan tanpa sebarang bentuk pemotongan, menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Foto Faitullah Morni (TVS)

BAP perlu disalur tanpa sebarang pemotongan – KPM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 bagi setiap murid perlu dilakukan tanpa sebarang bentuk pemotongan, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan prihatin terhadap beberapa aduan yang diterima berkaitan penyaluran peruntukan BAP kepada murid.

Menurut kementerian itu, pihak sekolah perlu mematuhi semua garis panduan berkaitan pelaksanaan BAP kepada murid.

“BAP bernilai RM150 bagi setiap murid dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga,” menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan penyaluran BAP dilakukan melalui sekolah secara kredit ke akaun murid atau secara tunai.

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai penyaluran BAP boleh dibuat menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KPM.

Media baru-baru ini melaporkan mengenai perkongsian menerusi laman X yang mendakwa pihak ibu bapa hanya mendapat RM50 daripada keseluruhan RM150 yang diperuntukkan bagi BAP.

KPM sebelum ini mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 khusus untuk tujuan BAP yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan