Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Oscar Choo (tengah) menunjukkan poster Sarawak MATTA Travel Fair 2024. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

Sarawak MATTA Travel Fair 2024 dijangka meriah

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 26 Jan: Pameran pelancongan Sarawak MATTA Travel Fair 2024 anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), akan kembali pada 8 hingga 10 Mac ini di The Hills, di sini.

Pengerusi MATTA Cawangan Sarawak Oscar Choo berkata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, dijangka hadir untuk merasmikan edisi ke-19 ini.

Pameran selama tiga hari itu dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma.

Malaysia Aviation Group (MAG) merangkumi Malaysia Airlines dan anak syarikatnya Firefly dan MASwings adalah syarikat penerbangan rasmi bagi Sarawak MATTA Travel Fair 2024.

Penyertaan agensi pelancongan kali ini amat menggalakkan dengan sebanyak 50 peratus peningkatan berbanding tahun lepas.

“Pada tahun ini, penyertaan daripada ejensi-ejensi pelancongan telah meningkat sebanyak 50 peratus iaitu sebanyak 71 agensi jika berbanding pada tahun lepas iaitu sebanyak 46 buah sahaja,” katanya pada sidang media, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjangka seramai 8,000 hingga 10,000 sehari mengunjungi pameran berkenaan.

Sementara itu, Oscar turut memberitahu bahawa antara aktiviti menarik pada tahun ini adalah cabutan bertuah, selain menawarkan pakej dan destinasi pelancongan baharu.

“Orang ramai boleh menyertai cabutan bertuah ini yang ditaja oleh beberapa organisasi dan penyertaan cabutan bertuah tersebut bakal diumumkan pada sidang media kedua seminggu sebelum Sarawak MATTA Travel Fair 2024 dianjurkan,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan