Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bergambar bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto Anwar Ibrahim (FB)

PM Anwar ucap tahniah atas pelantikan Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau turut mendoakan agar pengalaman bekas Yang di-Pertua Dewan Negara dan Ahli Parlimen Santubong itu mampu memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.

“Menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Istana Negara yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Tahniah saya ucapkan kepada Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pelantikan ini dengan doa semoga khidmat dan pengalaman panjang Tun dihargai serta dimanfaatkan rakyat terutamanya rakyat Sarawak,” kata beliau.

Wan Junaidi menggantikan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang memegang jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh selama 10 tahun sejak Mac 2014.

Pelantikan Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak dibuat mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun dari 26 Jan 2024 hingga 26 Jan 2028. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan