Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi berswafoto bersama pemimpin masyarakat dengan latar belakang Tangki Aras Tinggi Asajaya, hari ini. Foto TVS

Masalah tekanan air rendah di Asajaya, kawasan sekitar selesai

ASAJAYA, 26 Jan: Masalah tekanan air rendah di Asajaya dan kawasan sekitar selesai setelah Stesen Pam Pengalak Tambirat dan Tangki Aras Tinggi Asajaya beroperasi.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata Tangki Aras Tinggi Asajaya itu mampu menyimpan 20 juta liter air sehari berbanding 2.6 juta liter sebelumnya.

Masalah bekalan air bersih di Asajaya selesai | TVS

Katanya lagi selain Asajaya, beberapa kawasan berdekatan iaitu Sebuyau, Sebangan, Sadong Jaya dan Simunjan juga menerima bekalan air tersebut sekali gus menyelesaikan masalah tekanan air rendah yang dialami penduduk di kawasan itu sebelum ini.

“Alhamdulillah air di kawasan ini, kalau saya dengar perbincangan dari Temenggong, Pengulu, Ketua-Ketua Kaum, tekanan air di sini kuat, kadang-kadang buka sedikit (paip air) pun dah kuat,” katanya ketika ditemui ketika melakukan lawatan kerja ke Tangki Aras Tinggi Asajaya, hari ini.

Jelas beliau lagi projek tersebut adalah di bawah Projek Rakyat Pakej 2A yang diluluskan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bernilai sekitar RM 185 juta dengan kerjasama pihak Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB).

Dalam pada itu, Julaihi berkata beliau telah mengarahkan agensi di bawah kementeriannya iaitu JBALB dan agensi-agensi lain berkaitan mengenal pasti kawasan yang masih menggunakan paip air lama untuk digantikan segera.

Katanya lagi tekanan air yang kuat hasil dari pembinaan beberapa pam penggalak dan stesen aras tinggi di beberapa kawasan terpilih menyebabkan paip sedia ada tidak lagi mampu menampung tekanan air baru.

Jelas beliau lagi, Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan untuk menggantikan semua paip lama di seluruh Sarawak

“Kita telah mengenalpasti salah satu kawasan kita adalah dibahagian Samarahan termasuk di kawasan ini (Asajaya). Kita mengambil langkah awal, kita tahu (paip) dah lama, tidak sesuai. Kalau sizenya kecil kita akan tukar.

“Ini adalah antara langkah yang diambil Kerajaan Sarawak hari ini untuk memberikan kemudahan air mencukupi, bersih, terawat dan memberikan keselesaan untuk penduduk kawasan luar bandar,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan