Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima Anugerah Jasamu Dihargai daripada Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majilis Makan Malam Sambutan Jubli Emas SABERKAS di Kuching, malam ini. Foto Rafi Muhammad (TVS)

Abang Johari terima Anugerah Jasamu Dihargai SABERKAS

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 26 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima Anugerah Jasamu Dihargai pada Majilis Makan Malam Sambutan Jubli Emas Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) di sini, malam ini.

Beliau yang juga mantan Presiden SABERKAS, berperanan dalam pembangunan belia melalui pelbagai program bercorak kepimpinan, pendidikan, sukan dan kebudayaan, pertanian dan perniagaan.

SABERKAS menerusi kit media pada majlis itu memaklumkan, Abang Johari bertanggungjawab memperkenalkan program SABERKAS Run bermula pada 1996 dan diteruskan dengan SABERKAS International Run pada 1998 hingga 2004.

SABERKAS RH Marathon 2006 juga telah melonjakkan nama SABERKAS ketika itu.

“Tahun 2012 yang menyaksikan pertukaran SABERKAS Daerah kepada SABERKAS Cawangan, adalah insiatif beliau dalam memperbanyakkan lagi pemimpin belia dapat dilahirkan.

“Pindaan Perlembagaan (SABERKAS) ketika itu juga meyaksikan ramai pemimpin muda berusia 45 tahun dan ke bawah telah menggangotai barisan kepimpinan di peringkat negeri, cawangan dan unit. Ini amatlah bertepatan dengan objektif penubuhan SABERKAS,” kata kenyataan itu.

Pemerkasaan program Jerayawara Bubur Lambuk, Perancangan Pusat Latihan Pertanian SABERKAS dan pengenalan Karnival Sukan SABERKAS (KASUS) telah menjadi satu fenomena hebat dalam kalangan warga SABERKAS.

“Premier juga sangat menggalakkan belia SABERKAS terlibat dalam bidang kemahiran dan vokasional dan latihan dalam melahirkan belia SABERKAS yang lebih berkemampuan serta berdaya saing,” kata kenyataan itu lagi.

Anugerah itu disampaikan Presiden SABERKAS Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut menerima anugerah tersebut.

Mantan Timbalan Presiden SABERKAS bagi sesi 2006-2009 itu mula bergiat cergas dalam pertubuhan itu pada 1991 dan selepas itu terus mengorak langkah dalam pembangunan belia.

“Banyak program telah dianjurkan bersama kerajaan negeri, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung,” katanya.

Seramai 12 bekas pemimpin SABERKAS yang lain turut menerima anugerah berkenaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan